OFFICIAL WEBSITE of NOOR FIRDAUS"An Alternative Vision of Singapore"
Firdaus
read my profile
sign my guestbook

Visit Firdaus's Xanga Site!

Name: Noor Firdaus
Birthday: 11/17/1984
Gender: Male


Interests: Having interest on Singapore Politics and Promoting Democracy. Business, Acting and Travelling.
Occupation: ARMY
Industry: SINGAPORE ARMED FORCES


Message: message meEmail: email me
Website: visit my website
MSN: politiko84@hotmail.com
Yahoo: scorpiofir84@yahoo.com


Member Since: 3/19/2004

SubscriptionsSites I Read
Firdaus
fadhil867

Posting Calendar

|<< oldest | newest >>|
view all weblog archives

Get Involved!

Suggest a link

Recommend to friend

Create a site


Sunday, February 11, 2007

Keaslian Injil 'Isa al-Masih

 

Apakah Kitab Injil orang Kristian telah diubah!

Orang Muslim bertegas bahawa "Injil yang asli" akan mewasiatkan kedatangan nabi Muhammad. Kitab Injil yang asli tidak akan memanggil Isa Al-Masih "Anak Allah." Al-Quran mengajar bahawa Isa Al-Masih tidak disalibkan manakala dalam Injil penyaliban Isa Al-Masih ialah fokus utama. Oleh kerana perbezaan-perbezaan yang jelas seperti ini, umat Islam percaya bahawa Injil yang Allah telah berikan kepada Isa Al-Masih, telah hilang.

Idea bahawa Kitab Suci orang Kristian telah diubah adalah satu fahaman biasa antara orang Islam dan sedikit sebanyak disebabkan oleh percanggahan antara Al-Quran dan Alkitab. Pakar-pakar agama Islam selalu menunjukkan kepada berbagai terjemahan Alkitab yang ada dan perbezaan yang ada dalam salinan manuskrip-manuskrip Alkitab sebagai bukti tuduhan mereka benar. Mereka sering memetik kenyataan-kenyataan pakar-pakar agama Kristian yang menggunakan kritikan teks sebagai bukti orang Kristian pun mengaku Alkitab mereka tidak asli.

Untuk membincang tuduhan ini, adalah penting untuk kita memahami bagaimana Al-Quran ditulis supaya satu perbandingan yang betul dapat dibuat. Kesemua wahyu yang diterima Muhammad adalah secara lisan. Pengikut-pengikut Muhammad menulis mesejnya atas apa-apa benda yang ada. Pengumpulan semua benda bertulis ini menjadi perlu apabila Muhammad meninggal dunia pada TM 632. Tradisi mengatakan bahawa Umar ibn-al-Khattab, yang kemudiannya menjadi Khalif pada TM 634, telah pergi berjumpa Abu Bakar dan mencadangkan supaya wahyu-wahyu tertulis itu dikumpulkan. Abu Bakar melantik Zayd ibn-Tabit untuk melakukan tugas itu. Zayd mengumpul bahagian-bahagian Al-Quran dari keping-keping papirus, batu leper, dahan-dahan pohon palma, tulang bahu dan rusuk binatang, kepingan kulit, kepingan kayu dan hati manusia. Setelah kematian Abu Bakar, koleksi ini diberi kepada Umar yang memberinya kepada anak perempuannya Hafsa. Dalam tahun 650, Khalif Uthman melantik Zayd dan 3 orang Mekah untuk membuat satu lagi koleksi Al-Quran menggunakan bahan-bahan yang dimiliki Hafsa. Koleksi baru ini lengkap dan salinan yang sah telah dihantar ke semua pusat-pusat empayar Islam. Arahan diberi supaya semua teks lain dimusnahkan. Al-Quran yang dibaca hari ini oleh orang Muslim sedunia ialah teks Uthman yang sah.

Orang Muslim amnya tidak sedar adanya salinan-salinan lain teks Al-Quran pada mulanya. Mereka cepat mengkritik orang Kristian tentang salinan-salinan teks yang berlainan dan ada masanya berbeza. Hakikatnya, ialah dalam penyampaian Al-Quran dan Alkitab, jumlah kesalahan teks merupakan satu perkara kecil dan tidak mengubah akidah-akidah utama mana-mana kitab.

Orang kristian boleh yakin bahawa Alkitab telah disampaikan dengan tepat dan betul. Contohnya, penemuan Skrol-skrol Laut Mati mengesahkan keaslian buku Yesaya dalam Perjanjian Lama. Skrol Yesaya dari 125 Sebelum Masehi membuktikan ketepatan teks Masoretik yang bertarikh kira-kira 916 Selepas Masehi. Skrol dalam bahasa Ibrani ini sedang dipamerkan sekarang di Yerusalem.

Pakar-pakar Alkitab berkata bahawa skrol Yesaya itu adalah sebanyak 95% persamaan, kata demi kata dengan Alkitab Ibrani hari ini. Perbezaan 5% itu termasuklah kesilapan penulisan, pencatitan dan perbezaan dalam ejaan.

Tahap ketepatan yang sama juga diamalkan dalam penyalinan manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru. Tidak ada manuskrip kuno yang telah dipelihara dengan begitu baik, seperti mana yang dibuat dengan Alkitab. Kerana adanya lebih 1400 manuskrip Injil dalam bahasa Yunani, salinan-salinan serta petikan-petikan dari bapa-bapa gereja, keaslian teks Alkitab dapat disahkan. Walaupun ada perbezaan-perbezaan kecil dari segi ejaan dan terjemahan, lebih 90% daripada manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru adalah sama. Perbezaan yang kecil ini tidak mengubah akidah Kristian yang utama.

Adalah jelas masalah perbezaan dalam teks dalam Al-Quran tidak ada kerana semua teks yang lain telah dimusnahkan! Orang kristian, sebaliknya, telah memelihara semua teks yang ada (termasuklah yang mempunyai sedikit perbezaan) kerana mereka pasti bahawa mesej yang telah diilhamkan Allah tidak boleh diubah melalui kesilapan huruf atau ejaan. Juga kita harus ingat bahawa Injil yang benar bukan hanya yang tertulis, tetapi yang hidup, iaitu Isa Al-Masih sendiri! Injil adalah satu kesaksian kepada Isa Al-Masih.

Masalah sebenar dalam tuduhan ini ialah tentang tafsiran Kitab yang ada. Apabila seorang Muslim berkata, "Injil anda telah diubah!", adalah baik dia diingatkan kenyataan ini yang tertulis dalam surah Haamiim As-Sajdah 41:43,

Apa-apa yang dikatakan orang kepada engkau (ya Muhammad) tidak lain, hanya (seperti) apa-apa yang telah dikatakan orang kepada rasul-rasul sebelum engkau.

Menurut Al-Quran, Muhammad tidak membawa satu wahyu baru. Dia hanya seorang yang memberi amaran dan peringatan tentang semua yang Allah sudah nyatakan dalam Taurat dan Injil. Ini disahkan dalam surah Ali ‘Imran 3:3,

Dia menurunkan Kitab (Quran) kepada engkau (ya Muhammad) dengan sebenarnya serta membenarkan (Kitab) yang sebelumnya, dan Dia menurunkan Taurat dan Injil.

Idea yang salah bahawa Alkitab telah diubah mungkin telah menjadi satu fahaman popular Muslim kerana salah faham teknik "penggantian" (an-nasikh wa-l-mansukh) yang dipakai Muhammad untuk menggantikan satu petikan dalam Al-Quran. Hal ini dinyatakan dalam surah An-Nahl 16:101,

Apabila Kami tukar ayat (keterangan, mukjizat) pada tempat ayat yang lain, sedang Allah lebih mengetahui apa yang diturunkanNya, mereka berkata: Hanya engkau (ya Muhammad) orang mengada-adakan (dusta). Tetapi kebanyakan mereka tida mengetahui.

Ini seterusnya dijelaskan dalam surah Al-Baqarah 2:106,

Apa-apa ayat (mukjizat) yang Kami ubah atau Kami lupakan (kepadamu), Kami datangkan (gantinya) dengan yang lebih baik dari padanya atau yang seumpamanya. Tidakkah engkau tahu, bahawa Allah Mahakuasa atas tiap-tiap satu?

Pentafsir-pentafsir Muslim membenarkan penggantian ini atas dasar "pewahyuan progresif" dan telah menggubal satu sistem mentarikhkan ayat-ayat Al-Quran untuk menentukan yang mana diwahyukan terlebih dahulu. Kerana itu kata-kata Mekah dan Madinah diselitkan pada setiap surah dan juga kepada sesetengah ayat.

Ada tuduhan-tuduhan dalam Al-Quran bahawa orang Yahudi dan Kristian telah menggubah atau menyembunyikan maksud Kitab mereka. Walau bagaimanapun, tidak ada ayat yang menyatakan teks Kitab suci mereka telah diubah. Allah setia kepada FirmanNya dan Dia telah berjaya melindungi FirmanNya dari apa-apa kesalahan. Ini disahkan oleh Yusuf Ali apabila dia berkata,

Adalah elok jika umat Muslim menghormati Alkitab hari ini (Perjanjian Baru dan Lama), walaupun mereka menolak syahadat-syahadat serta pendirian tersendiri dan unik yang diajar oleh orang Kristian dan Yahudi ortodoks.

Saling hormat-menghormati akan Kitab-kitab Suci masing-masing adalah sangat penting dalam dialog yang sihat ketika mempelajari mana-mana kitab suci masing-masing. Seorang Kristian boleh menerima Al-Quran dengan serius sebagai Kitab yang menggalakkan kepercayaan orang Muslim. Dengan cara yang sama, orang Muslim patut menghormati Kitab Bible orang Kristian. Kedua-dua pihak mesti setuju bahawa kitab-kitab ini telah diterima tanpa apa-apa perubahan atau kesalahan besar ketika diserahkan kepada generasi-generasi seterusnya. Ini tidak mengikat seseorang untuk mempercayai isi kandungan Kitab itu sehingga dia sendiri telah mempelajarinya. Saya percaya seorang Kristian boleh yakin bahawa Alkitab akan memberi kesaksian yang jelas kepada wahyu Allah yang telah disampaikan melalui Isa Al-Masih. Sudahkah anda membaca Alkitab dan melihat kesaksian ini?

 


Saturday, February 03, 2007

WELL…. last friday I was on Medical leave due to tiredness… Tired man…. I am the IC for logistics. Need to be responsible and very discipline. Sometimes I saw my new unit STC/ DTLS is a very well discipline unit as in their superior compared to my previous BMTC1 E coy… All those permstaff are full of nonsense and lack of responsibility. Including the head of E coy…. How can he lost or misplaced my Medical Certificate? He is an officer, he should not behave in that manner.

Let the higher authority settle, those CO and above.

Only my bro Fariz understand my problems… Till now… O…ya… Just now i showered my two lovely Kittens. Baby an eight month old female kitten and MiuMiu a six months old Male kitten. MiuMiu will be sterilise soon… Hmmm…. I hope he will no be in pain for so long….. Well… Till next time… chiao baby….

 


Thursday, January 04, 2007

Im Feeling depress again :(

Haiz…. Im stress now…not because of Work but about something personal… why people called me gay?… haiz…  I told my counsellor Mr Andy Guee, he said there’s a conflict… I’ve got a bisexual tendencies but expect to be a straight.

Like duh…. I must be straight…. I must force myself to be straight.

Then there’s this opposition politician Mr Chia Ti Lik… he kept calling me homo and expect me to admit that Im a gay. No choice but to admit… he harassed me so i harassed him.. He even said out vulgarities to me. Can you imagine a politician that might sit in the parliament but used vulgarities on its people?

He can easily take legal action on me but I myself can defend my self because I was harassed by him at the first place. I seek for his help and advise but he called me names and harassed me. At least I never used vulgarities on anyone. He called himself a lawyer but harassing me.

I don’t know la… after NS i want to run away to Msia and build a new life over there. haiz…haiz…haiz….


Tuesday, December 19, 2006

Cats for adoption in Singapore at NO CHARGES.

 TO ADOPT THESE CATS, PLEASE EMAIL adoptions@catwelfare.org WITH CAT NAME AND DATE POSTED.

2006nov27_willow_jacket posted on 27 nov 2006 ADOPTED

WILLOW (left) and JACKET (right).
Willow and Jacket are 2 weeks old, female grey tabby kittens.

2006dec13_mimi posted on 13 Dec 2006

MIMI. 7 yrs old, long-haired female Persian_x. She's shy at first but a real sweetie and likes to play once she gets to know you. She needs a new home urgently, and would be ideal for a single-cat family.

2006dec16_penny posted on 16 Dec 2006

PENNY. Few weeks old female kitten, was found walking along the CTE highway - certain death.  She is quiet, adorable and needs a good home and out of harm's way.  Do give Penny a chance to start a life with loving care and a good home.

2006dec16_maya_maki_malee posted on 16 Dec 2006 ADOPTED

MAYA, MAKI, MALEE.
Three 2-mth old female kittens are available for good homes.  They are siblings and are blue-eyed Siamese-X kittens.  They are healthy, playful and very loving.  Litter pan trained.

2006dec16_alfie posted on 16 Dec 2006

ALFIE. I am a 1-yr old boy, but my daddy had to leave Singapore, so I am being fostered temporarily. Unfortunately, the other cats of my fosterer do not like me, bullying and attacking me every chance they get. It was so bad that my fosterer had to put me in solitary confinement.  I am neutered and toilet trained, and a very good boy. My only wish is for someone to give me a good home.

2006dec16_tinkerbell Posted on 16 Dec 2006 ADOPTED

TINKERBELL. 6-week female kitten with a long straight tail for adoption.  It is playful and active and attached to humans.  It gets along with other cats too.


Sunday, December 17, 2006

Answer from Ustaz Ashaari Muhd on Rufaqa in Malay.

 

mh05

ABUYA USTAZ HAJI ASHAARI MUHAMMAD

 

 Diwaktu ini ada persoalan Mengapa dan bagaimana timbulnya isu menghidupkan Arqam dikalangan masyarakat.Isu ini timbul begini. Terdapat 2 badan kerajaan yang bertanggung jawab mengawal dan memantau saya iaitu pihak KKDN dan JAKIM.

Pihak KKDN  melalui SB yang bertugas mengawal dan memantau saya sangat memberi sokongan saya menubuhkan Rufaqa dan mengembangkan syarikat. Mereka berkawan dangan saya dan memantau saya dari dekat. Mereka dapat membezakan di antara membangunkan syarikat dengan menghidupkan Arqam. Manakala di pihak JAKIM pula mereka jarang berjumpa dan berbual dengan saya. Malah lebih suka mengambil maklumat dari jauh terutama dari bekas-bekas ahli Arqam yang menentang saya. Mereka ini dahulunya adalah pengikut-pengikut saya yang pernah saya nasihat dan tegur kesilapan-kesilapan mereka tetapi dihujungnya mengambil jalan bermusuh dengan saya. Tetapi pihak JAKIM lebih berminat mengambil maklumat daripada mereka daripada berjumpa dengan saya sendiri.

Akhirnya berlakulah pertembungan fikiran di sini. Membangunkan Rufaqa dikaitkan dengan menghidupkan Arqam. Bagi pihak yang tidak ada apa-apa kepentingan, mengenali dan memantau saya dari dekat, mereka mendapati saya tidak melakukan apa-apa aktiviti yang mengancam keselamatan   sehinggalah pada tahun 2004 mereka telah cukup yakin untuk membebaskan saya dari ISA  Namun dari pihak JAKIM saya terus dianggap bermasalah walaupun saya telah berikrar di hadapan pihak KKDN dan JAKIM bahawa saya menerima dan  mematuhi fatwa serta meninggalkan sepenuhnya ajaran Aurad Muhammadiah.
 
Di Labuan perniagaan saya makin berkembang maju dan Rufaqa telah mula melangkah ke luar negara, mengembangkan perniagaan di Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, Eropah dan Timur Tengah. Waktu yang sama tekanan dari pihak JAKIM juga makin membesar. Mereka bagaikan lebih suka melihat perniagaan ini ditutup dan berkubur sahaja dengan alasan ianya adalah usaha menghidupkan Arqam walaupun tidak ada hujah untuk membuktikannya..

Sewaktu Arqam diharamkan terus terang saya katakan sudah tidak ada siapa yang setia dengan saya lagi. Dengan dibubarnya Arqam menyebabkan semua pengikut lari meninggalkan saya. Tinggallah saya dengan isteri dan anak-anak yang belum berkahwin. Selama tiga tahun saya hidup di rumah bersama keluarga terdekat dan SB sahaja sebagai kawan. Setelah saya menubuhkan Rufaqa banyak bekas-bekas Arqam yang datang meminta kerja. Rupanya mereka hidup dalam kesempitan setelah berpisah dengan saya. Saya sangkakan pihak JAKIM akan membela dan menyediakan pekerjaan untuk mereka seperti yang dijanjikan , tetapi nampaknya tidak berlaku demikian. Jadi atas dasar tanggung jawab dan simpati maka saya ambil mereka bekerja dengan saya.

Setelah hancurnya Arqam maka fahamlah saya bahawa apa yang saya miliki selama ini di dalam Arqam samada manusianya  atau asetnya terlalu rapuh dan begitu mudah dihancurkan. Jemaah saya lemah rupanya dan orang-orangnya mengecewakan. Rupanya bukan mudah mencari kawan yang setia. Lalu saya berfikir untuk memulakan hidup baru di era baru ini dengan menubuhkan sebuah syarikat perniagaan bersama keluarga terdekat.  Jadi dari situlah saya menubuhkan Rufaqa Corporation. Bertolak dari azam baru itulah saya memanjatkan doa dan munajat kepada Tuhan,

 ‘Wahai Tuhan sekiranya aku benar maka Kau jadikanlah aku kaya melalui perniagaan ini” 

Maka saya pun memulakan hidup baru saya melalui perniagaan ini  padahal saya bukanlah seorang peniaga. Saya asalnya adalah seorang guru agama dan pendakwah. Namun oleh kerana itu sahaja laluan yang ada di waktu itu maka bermodalkan doa itulah saya memulakan perniagaan bersama keluarga. Akhirnya Tuhan izinkan ianya berkembang dan membesar. Tetapi apabila ianya membesar ada orang yang tidak senang dan menuduh saya cuba menghidupkan Arqam melalui Rufaqa’. Sebenarnya saya sendiri sudah terlalu kecewa dan serik untuk menghidupkan Arqam.  

Terdapat juga dikalangan bekas murid-murid saya di dalam Arqam yang marahkan saya dan membenci saya kerana menuduh apa yang saya janjikan waktu dalam Arqam dahulu tidak berlaku. Mereka rasa terzalim, tertipu dan kecewa. Lalu mereka bercita-cita  untuk membangunkan dan memimpin sebuah jemaah baru di atas pusara Arqam di mana merekalah yang akan menjadi pemimpinnya. Mereka memusuhi dan membenci saya hinggalah terbitnya buku ‘tersungkur di pintu syurga’. Mereka menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan saya merata-merata. Mereka ingin menjatuh dan menghancurkan saya dalam keadaan saya masih berada dalam ISA. Saya seolah-olah diikat kaki tangan dan mulut lalu dipukul beramai-ramai. Tetapi dengan kuasa Tuhan perniagaan saya makin membesar manakala perniagaan mereka yang di rampas dari saya waktu Arqam dulu makin hancur. Akhirnya terkejutlah meraka kerana melihat perniagaan saya makin berkembang. Mereka tidak sangka saya yang asalnya hanyalah seorang Ustaz boleh mebangun menjadi korporat yang berjaya. Sedangkan banyak usaha-usaha musuh untuk menghancurkan saya tetapi gagal. Logiknya saya telah berkubur. Tetapi saya boleh bangun semula melalui Rufaqa’. Ini semua adalah kuasa Allah yang berlaku ke atas saya di mana saya boleh membangunkan sebuah perniagaan di atas nama Islam. Tuhan buktikan kepada saya bahawa keyakinan saya selama ini adalah benar. Tuhan telah kabulkan doa saya. 

Hal inilah yang membuatkan mereka tercabar dan dengki dengan saya lalu cuba mempengaruhi JAKIM dan masyarakat dengan mengatakan saya cuba hidupkan Arqam melalui Rufaqa. Sebenarnya apa yang berlaku bukannya menghidupkan Arqam, tetapi ianya memperlihatkan kegagalan terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh bekas-bekas Arqam untuk menghancurkan saya. Telah 10 tahun mereka menggunapakai berbagai cara untuk memusnahkan perniagaan saya  namun hingga kini Tuhan tidak izinkan. Usaha-usaha mereka ternyata gagal . Kebenaran tidak mungkin dapat dihancurkan. Ini bukannya isu saya melanggar fatwa, tetapi apa yang berlaku ialah saya sedang membuktikan bahawa janji Tuhan  Islam pasti bangkit di sebelah Timur sedang berlaku. Tidak ada sebarang kuasa yang mampu menghalangnya. Manakan kuasa manusia mampu menandingi kuasa Tuhan!



Next 5 >>